salam ukhwah

Assalamualaikum WBT.Ahlan Wasahlan,Salam Ukhwah Fillah Abadan Abada..Smile Always.

Monday, February 27, 2012

CINTA RASUL SEPANJANG ZAMAN

CINTA RASUL


          Ramai yang beranggapan bahawa Cinta pada Rasulullah hanyalah pada hari dan bulan kelahiran baginda sahaja.Apabila berlalunya bulan Rabiul Awwal..maka berakhir jugalah rasa cinta dan rindu pada Baginda SAW..Sejauh manakah kebenaran anggapan itu??Wajarkah kita mencintai dan merndui Rasulullah SAW HANYA pada hari dan bulan kelahiran baginda sahaja??Bagaimana pula ya cinta dan rindu Baginda pada umatnya...kita..?? Fikir-fikirkan.


Mari kita renungi bersama sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda kekasih agung kita amat merindui kita, umat akhir zaman selaku umat kesayangannya..



                                       ************************************
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu..

      
                              ******************************
  Subhanallah..Rasulullah Saw  merindui umatnya..amat-amat merinduisiapa umatnya??ya.. kitalah umatnya itu..Biarpun belum pernah bertemu kita,baginda sudah pun menyatakan rasa rindu yang teramat pada umatnya.
Kita bagaimana pula?? Wajarkah kecintaan kita hanya pada masa2 tetr=entu sahaja sedangkan baginda mencintai da merindui kita walaupun belum pernah bersua muka.
   
Ketahuilah bahawa cinta pada Rasulullah SAW itu bukanlah terhad pada masa tertentu sahaja..bahkan Cinta itu  ialah Cinta Sepanjang Zaman....setiap detik,minit,jam,hari ......
  
Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la alihi Muhammad..Semoga kita tergolong dengan golongan yang mendapat syafaat baginda dan orang2 yg bersama baginda di akhirat kelak.Amin.

       Rasulullah menyatakan di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dgn apa yg kita kasih, jadi apa yg kita kasih sekarang??jikalau kasih harta kita akan dibangkitkan bersama harta, jikalau kasih sayang sangat pada isteri hingga nak suruh tutup aurat pun jadi sayang maka kita akan dibangkitkan dgn isteri yg tak tutup aurat tu, jika kasih anak maka akan bangkit bersama anak, 'namun mereka semua ini tak dapat membantu kita', maka jika kita kasih dan cinta kepada kekasih agung kita Rasulullah s.a.w, insyaAllah kita akan dibangkitkan bersama baginda dan baginda dapat membantu kita.Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s:renungan dan tazkirah buat diri yg sering lalai..juga kpd semua umat Muhammad SAW..
KEMBALI KEATAS

No comments:

Post a Comment