salam ukhwah

Assalamualaikum WBT.Ahlan Wasahlan,Salam Ukhwah Fillah Abadan Abada..Smile Always.

Wednesday, May 16, 2012

TOLONG INGATKAN AKU

Tolong ingatkan aku,
Tentang dosa pahala,
Tentang syurga neraka,
Tentang dunia ini sementara,
Tentang akhirat yg kekal selamanya,


Tolong ingatkan aku,
Tentang aku beriman dengan Tuhan yang satu,
Tentang rasul pengutus yang mulia,
Tentang iman hari ini yang aku ada,
Dipertarung dengan seksa jasad dan nyawa,

Tolong ingatkan aku,
Tentang malaikat si pencatit amal,
Walau satu perbuatan tidakkan tertinggal
Tentang malaikat penanya penyeksa di kubur,
Malaikat si penjaga neraka,
barangkali aku kan dihambat ke sana,
Malaikat si penyambut di syurga,
barangkali sedang menungguku dengan senyum tawa

Tolong ingatkan aku,
Tentang mati yang pasti,
Esok hidup belum tentu lagi,
Mungkin sebentar lagi mati, tak boleh lari..

Tolong ingatkan aku,
Tentang kita hamba Sang Raja,
Raja segala raja,
Allah pemilik segala,
Tentang aku hamba yang hina semata,
Hamba tidak berdaya melainkan denganNya,

Tolong ingatkan aku,
Tentang mulianya aku kerana Islam,
Berharganya aku kerana iman,

Terangnya jalan kerana Quran,
Dengan hadis, takkan sesat jalan.

Tolong ingatkan aku,
Tentang ujian musibah hanya sementara,
Tentang nikmat2, makhluk semua Dia yang punya,
Tentang gembira yang aku mesti syukuri,
Tentang perit derita, yang terdahulu lebih lagi,

Tolonglah ingatkan aku,
Sebab aku selalu lupa.

No comments:

Post a Comment