salam ukhwah

Assalamualaikum WBT.Ahlan Wasahlan,Salam Ukhwah Fillah Abadan Abada..Smile Always.

Sunday, January 29, 2012

Pasti Ada Hikmahnya.

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda.Mereka amat menyayangi kuda itu.Suatu hari,kuda itu terlepas dan lari ke dalam hutan berhampiran.Orang kampung yang tahu hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu,

"Kami simpati di atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tok pasti sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata,"Tak apalah,mesti ada hikmahnya."
"Apa hikmahnya Tok?"
"Tok pun tak tahu,yang pasti mesti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian,kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar.Orang kampung sangat kagum kerana bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba.Sudah rezekinya.
"Tok sangat bertuah.untung." begitulah kata mereka
Tok sebaliknya berkata,"Belum tentu lagi.Tok yakin pasti ada hikmahnya."
Anak lelaki Tok Penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya.
Entah bagaimana pada suatu hari,anak Tok Penghulu jatuh dari kudanya.Lalu patah tangan kanannya.Orang kampung tahu dia bahawa dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu.Mereka datang menziarahi anak Tok yang terlantar.
"Malang benar nasib Tok.Baru dapat nikmat,sekarang ditimpa bala pula." kata mereka.
Tok Penghulu tersenyum lalu berkata,"Ini ujian Allah,mesti ada hikmahnya"

Tidak lama kemudian,kampung mereka didatangi pegawai-pegawai atasan tentera negara itu.
"Raja memerintahkan semua anak mud alelaki dikumpulkan!Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" arah ketua tentera.
Semua ibu bapa berasa risau dan sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.
Para remaja dibariskan di hadapan ketua tentera,termasuk anak Tok Penghulu yang patah tangan itu.
"Kamu dikecualikan!Tiada gunanya membawa orang yang patah tangan!"kata ketua tentera sambil menunding jarinya ke arah anak lelaki Tok Penghulu itu.
Ketika itu,terngiang-ngiang kata-kata penghulu mereka."maesti ada hikmahnya"

Pengajaran : setiap apa yang berlaku ada baik dan buruknya.Orang beriman sentiasa melihat kepada sudut yang baik daripadanya.Mereka menerima yang buruk dengan sabar,namun dalam hati sentiasa mengharap kebaikan daripada Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment