salam ukhwah

Assalamualaikum WBT.Ahlan Wasahlan,Salam Ukhwah Fillah Abadan Abada..Smile Always.

Monday, January 28, 2013

♥ JODOH ♥

Jodoh itu ada 3 

♥ Jodoh Dari Syaitan ,
berkenalan , berpegangan tangan , buat maksiat , mengandung lalu bernikah ,


♥ Jodoh dari Jin ,
berkenalan , bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah ,

♥ Jodoh dari ALLAH ,
cinta berputik , masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA ...

  
                

Sunday, January 27, 2013

Bersabarlah DEMI Cinta~



Aku termenung seketika dan berfikir sejenak untuk berkongsi luahan hati ini yang sekian lama terpendam dan semakin hari semakin memakan diri sendiri. UJIAN. Ya, diriku telah merasai banyak ujian yang berat. Terasa berat dan sakit setiap hari dan setiap ketika. Ujian fizikal kita dapat lihat melalui pancaindera, tetapi ujian hati dan perasaan hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
     Dahulu aku terfikir bahawa ‘menangis’ tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah disebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah. Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis dari segala-galanya. ‘Kehilangan‘ untuk satu ‘pertemuan‘ yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan “memisahkan” dengan orang yang ku sukai kerana Allah mahu diriku dekat denganNya. Ya, aku sering tak dapat memiliki orang yg aku suka. Mungkin angan ku terlalu tinggi kerana mnyukai org yg jauh lebih hebat dari diriku yg serba kkurangan ini. Sedih. Sedih kerana smua itu terjadi pada diriku. Tapi aku percaya ALLAH pasti ada jawapannya.
      Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu dengan Nya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih dari segala yang ada di langit dan di bumi. Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang “dia” sedang menungguku dan pasti menjemputku di suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah ini…..
      Walau bukan di dunia yang fana ini, insyaAllah dengan berkat kesabaran pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan “dia”, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.
      Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah dari Allah. Allah menguji kerana sayang kepada hambanya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan di kawal dengan sebaiknya. Bukan untuk  dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang  dibenci oleh Nya. Allah mengajar diriku erti KESABARAN, yang selama ini aku tidak berapa mengenali apa itu yang dinamakan kesabaran. Kesabaran mengajar erti hidup ini.
      Moga “dirinya” sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah. Kerana “dia” bersabar dan terus bersabar demi mencapai keredhaanNya. Aku yakin dengan “dia” dan aku yakin dengan Allah. Sekiranya “dia” tercipta untukku, akanku tunggu “dirinya” shingga tibanya waktu itu. TETAPI aku sendiri tidak tahu, siapakah gerangan “DIA” itu. Yang pasti hanya ALLAH yg tahu.
Moga Allah permudahkan segala urusanku. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ianya hanyalah layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

                                                 bintuishak_94

JAWATAN KOSONG (TEMUDUGA TERTUTUP)










Temuduga Sebagai “CALON JENAZAH”

Semua Calon Sama Ada Berminat Atau Tidak berminat Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian.

Kekosongan Jawatan:

1. Ahli Syurga Dari Awal.
2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)

1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.

Tarikh Temuduga:

Bila-Bila Masa Secara Terus Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi Temuduga:

Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:

Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.

Panel/Penemuduga:

Mungkar Dan Nakir.

Enam Soalan Persediaan (BOCOR):

1. Siapa Tuhan Anda?
2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?

Cara Memohon:

Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.

Kepada Para Calon Dikehendaki Bersiap Sedia Dari Awal Kerana Mungkin Anda Calon Seterusnya!!! ^_^
 — 

Wednesday, May 16, 2012

TOLONG INGATKAN AKU

Tolong ingatkan aku,
Tentang dosa pahala,
Tentang syurga neraka,
Tentang dunia ini sementara,
Tentang akhirat yg kekal selamanya,


Tolong ingatkan aku,
Tentang aku beriman dengan Tuhan yang satu,
Tentang rasul pengutus yang mulia,
Tentang iman hari ini yang aku ada,
Dipertarung dengan seksa jasad dan nyawa,

Tolong ingatkan aku,
Tentang malaikat si pencatit amal,
Walau satu perbuatan tidakkan tertinggal
Tentang malaikat penanya penyeksa di kubur,
Malaikat si penjaga neraka,
barangkali aku kan dihambat ke sana,
Malaikat si penyambut di syurga,
barangkali sedang menungguku dengan senyum tawa

Tolong ingatkan aku,
Tentang mati yang pasti,
Esok hidup belum tentu lagi,
Mungkin sebentar lagi mati, tak boleh lari..

Tolong ingatkan aku,
Tentang kita hamba Sang Raja,
Raja segala raja,
Allah pemilik segala,
Tentang aku hamba yang hina semata,
Hamba tidak berdaya melainkan denganNya,

Tolong ingatkan aku,
Tentang mulianya aku kerana Islam,
Berharganya aku kerana iman,

Terangnya jalan kerana Quran,
Dengan hadis, takkan sesat jalan.

Tolong ingatkan aku,
Tentang ujian musibah hanya sementara,
Tentang nikmat2, makhluk semua Dia yang punya,
Tentang gembira yang aku mesti syukuri,
Tentang perit derita, yang terdahulu lebih lagi,

Tolonglah ingatkan aku,
Sebab aku selalu lupa.

Friday, April 20, 2012

SCOLIOSIS

Skoliosis merupakan sejenis kecacatan tulang belakang yang dialami oleh sebilangan orang dengan rata-ratanya tidak mengetahui punca sebenar ia terjadi.
Ada yang mengalaminya sejak lahir dan terdapat juga kes pesakit skoliosis yang tidak menyedari perubahan berlaku pada fizikal badan mereka sehinggalah pesakit meningkat dewasa.
Jika diperhatikan, tulang belakang yang normal kelihatan tegak dan lurus di belakang tubuh manusia. Bagaimanapun, mereka yang mengalami masalah skoliosis mendapati tulang belakang mereka berkeadaan bengkok iaitu melengkung ke bahagian sisi sama ada kiri atau kanan seperti bentuk huruf S atau C.
Bentuk yang melengkung itu boleh dilihat dengan jelas dari arah belakang dan kebengkokan ini tidak boleh dirawat dengan hanya belajar berdiri tegak.
Begitu pun, tidak bermakna ia boleh dibiarkan begitu sahaja kerana jika skoliosis tidak dirawat, lama-kelamaan akan mengakibatkan kesakitan yang teruk. Malah, pesakit berkemungkinan hilang keupayaan untuk bergerak.
Dianggarkan dua hingga empat peratus daripada populasi sesebuah negara mengalami masalah skoliosi dan di Malaysia dikatakan terdapat seramai 71,000 pesakit skoliosis.
Masalahnya, sehingga kini tidak diketahui punca sebenar yang menyebabkan skoliosis.
Menurut Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan The SpineCorporation, Dr. Jeb McAviney, skoliosis sebenarnya boleh disebabkan oleh faktor genetik.
“Jika salah seorang ahli keluarga mengalami skoliosis maka anda mungkin akan mengalami masalah yang sama.
“Malah, jika kedua-dua ibu bapa mempunyai tulang belakang yang bengkok, risiko untuk anda mengalaminya juga tinggi, iaitu 50 peratus kemungkinan menghidapinya tidak kira lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, remaja perempuan paling ramai diserang skoliosis berbanding lelaki.
Beliau yang menerangkan tentang skoliosis pada sesi pengenalan alat pendakap terkini bagi merawat masalah itu di HSC Cheras Specialists Center, Kuala Lumpur baru-baru ini, turut memberitahu bahawa skoliosis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu idiopatik, kongenital dan otot (muscular).
Skoliosis idiopatik merupakan jenis skoliosis yang kerap ditemui, tetapi punca dan penyebabnya tidak diketahui sehingga kini dan masih menjadi misteri.
Pesakit skoliosis jenis ini terdiri daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa serta lebih ketara berlaku di kalangan perempuan berbanding lelaki.
Skolisis ini turut terbahagi kepada tiga iaitu infantile yang dapat dikesan sejak pesakit itu dilahirkan hinggalah berusia tiga tahun, juvenile yang dikesan apabila seseorang itu berumur antara lima hingga sembilan tahun dan adolescent yang diketahui apabila pesakit memasuki usia antara 10 hingga 13 tahun.
Manakala, skoliosis kongenital pula disebabkan kecacatan tulang belakang yang dialami sejak lahir. Bagaimanapun, biasanya ibu bapa pesakit tidak menyedari anak mereka mengalami masalah tersebut sehingga pesakit berumur tiga tahun ke atas.
Sementara, skoliosis otot bukan disebabkan daripada tulang, tetapi kebengkokan tulang belakang berlaku disebabkan keadaan otot-otot yang lemah.
Keadaan otot yang lemah ini berpunca daripada masalah lain seperti masalah saraf seperti cerebral palsy atau trauma fizikal.
Rawatan Skoliosis
Sebolehnya kata Dr. McAviney, pesakit skoliosis mendapatkan rawatan pada peringkat awal wujudnya lengkungan di tulang belakang mereka. Biarpun ketika itu ia tidak menyebabkan kesakitan, ia perlu dirawat seawal mungkin agar tulang belakang tidak menjadi semakin bengkok sehingga akhirnya menimbulkan pelbagai komplikasi seperti masalah pada jantung dan paru-paru.
Kajian menunjukkan 60 hingga 70 peratus mengalami komplikasi tersebut. Ia boleh berlaku sekiranya tulang belakang membengkok melebihi 70 darjah menyebabkan tulang rusuk menekan paru-paru dan jantung membuatkan pesakit sukar bernafas dan cepat penat.
Ataupun mereka mengalami masalah sakit belakang yang kronik. Jika ia berterusan tanpa dirawat, pesakit berkemungkinan menghidapi sakit sendi.
Tidak ketinggalan pesakit dibelenggu perasaan rendah diri, malu dan kurang yakin untuk berhadapan dengan orang lain ekoran postur badan mereka yang tidak seimbang.
Ketua Pegawai Eksekutif The SpineCorporation (UK), Andrew Mills pula berkata, rawatan yang boleh dilakukan pesakit skoliosis adalah sama ada menggunakan alat pendakap rigid (rigid brace) untuk menyokong tulang belakang atau menjalani pembedahan.
Jelasnya, pendakap itu mampu menghalang tulang belakang daripada terus melengkung tetapi ia hanya berkesan untuk pesakit skoliosis yang bertahap sederhana.
Cuma, masalahnya ia dikatakan tidak selesa, kelihatan besar apabila dipakai dan menyekat pergerakan pesakit ekoran tempoh memakai alat itu biasanya 24 jam sehari.
Bagaimanapun katanya, bagi kes serius, satu-satunya kaedah untuk mengembalikan keadaan normal pesakit di samping melegakan kesakitan adalah dengan pembedahan.
“Namun, sebaiknya kanak-kanak dielakkan menjalani pembedahan kerana ia mempunyai risiko yang tinggi. Masalahnya, untuk menyuruh mereka memakai pendakap rigid, timbul ketidakselesaan.
“Justeru, kami memperkenalkan pendakap dinamik SpineCor yang direka hasil kajian terperinci selama lebih empat tahun,’’ katanya.
Andrew memberitahu, SpinceCor yang dihasilkan di Kanada itu direka untuk merawat skoliosis idiopatik pada tahap kelengkungan 15 darjah ke atas.
Mengukir Tubuh
Ia juga dicipta khusus untuk memahami garis bentuk tubuh pesakit terutama kanak-kanak dengan menggunakan perisian komputer khas dalam mengukir tubuh pesakit.
Dengan itu, pendakap tersebut dapat dipastikan mengikut bentuk tubuh pesakit dengan tepat.
Tambah beliau, pendakap itu akan memberi tekanan secara lembut kepada tulang belakang bagi membolehkan tulang terbabit kembali lurus.
Biarpun alat tersebut kelihatan rumit tetapi hakikatnya ia mudah dipakai oleh kanak-kanak dan lebih penting ia lebih selesa serta dilaporkan empat kali lebih berkesan daripada kaedah pembedahan.
“Pesakit hanya perlu memakainya selama 20 jam sehari tanpa mengganggu gaya hidup mereka sebagai seorang kanak-kanak. Reka bentuknya yang memudahkan pengaliran udara membuatkan ia selesa dipakai biar dalam cuaca panas atau lembap.
“Fleksibilitinya juga membolehkan pesakit bergerak normal dengan pendakap itu.
“Bahkan, pesakit akan lebih aktif tidak kira untuk bersukan atau melakukan aktiviti luar. Tempoh pemakaiannya bergantung kepada tahap lengkungan tulang belakang dan secara puratanya antara dua hingga tiga tahun.
“Keselesaannya membuatkan ia boleh dipakai kanak-kanak seawal usia tiga tahun dan selewat-lewatnya sebelum berumur 15 tahun kerana ketika itu tulang sudah semakin bengkok dan berkemungkinan pendakap tidak mampu merawat masalah tersebut,'' ujarnya.
Bagaimanapun kata Andrew, 89 peratus kes skoliosis didapati menyerang kanak-kanak yang berumur 11 tahun ke atas. Sehubungan itu, ibu bapa perlu segera mendapatkan rawatan sebaik melihat perubahan fizikal anak mereka kerana lebih awal masalah itu dirawat, peluang untuk mereka kembali pulih sepenuhnya lebih tinggi.
Tambah beliau, untuk mengenal pasti kanak-kanak itu mengalami skoliosis, ibu bapa sentiasa memerhati keadaan fizikal anak-anak mereka terutama di bahagian belakang tubuh. Perhatikan juga kedudukan bahu mereka kerana jika bahu tidak sama tinggi berkemungkinan anak mereka mengalami skoliosis.
Kemudahan rawatan menggunakan pendakap dinamik SpineCor yang diedarkan oleh Phezulu Sdn. Bhd. itu kini boleh didapati di HSC Cheras Specialist Center yang juga merupakan pusat SpineCor pertama di Malaysia dengan harga RM7,000 hingga RM9,000.

Ditulis oleh:Rosmawati Mion

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Thursday, April 12, 2012

Peringatan Bagi Yang Lupa











“Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya. Bumi gementar kerana takut Allah melihatnya”
(Kaab bin Malik RA)..



Assalamualaikum..apa khabar??Semalam kita gempar dengan berita gempa bumi,tsunami,dan gegaran..Macam2 andaian yg kta andaikan..macam2 jugak perasaan dlm hati.takut??sedih?? hmm..


Allah Swt hantar signal di Acheh , hampir satu dunia berdoa . Allah Swt hantar signal di Palestine , berbillion muslim berdoa .

Kalau Allah Swt tak hantar signal, kita mungkin dalam kealpaan sombong tidak berdoa . kan ? Dan ada juga yang masih tak sedar dgn signal . kita kena sedarkan mereka kan ? :)

Allah Swt ingin mendengar hamba-hambanya berdoa kepadaNya .Itu baru signal or amaran dari Allah..Peringatan Bagi yang LUPA dan LALAI..Kita akui bahawa kita sering lalai dari mengingati Allah.Ingat Allah bila rasa sedih,kecewa, susah dan hampa.Tapi bila gembira ,berjaya, bahagia dan senang,kita lupakan Allah. Astaghfirullahal azim.Moga Allah ampunkan kita semua..


Alhamdulillah, syukur pada Allah sbab kita masih ingat lagi kat Allah walau dalam keadaan macam ni.Ada yg sampai nak bertaubat.Bersyukur bagi yg masih ada kesedaran nak ingat Allah.darpada yg langsung tak ingat Allah.
Tak kurang juga yang mengejek,mengutuk golongan yg baru tersedar ni..sindir2 dengan ayat kasaq semacam..nak sindir tu bolehla..tapi jgn lah cakap macam tu..

"sekarang baru nak ingat tuhan..dulu langsung tak ingaat kat tuhan.."ni antara kata2 insan 'prihatin'..

Awak tu tau ke yg dia tak ingat langsung kat Tuhan??Kita mana tau kot2 dia lebih ingat kat Tuhan berbanding kta..Hati2 lah ya.
Memang tak dinafikan ada golongan yg memang baru nak sdar.tapi cuba tegur dengan cara yg berhemah.. ni sya kongsi sikit tips yg di share dari seorang hamba Allah di FB.:

Boleh saya tegur sikit? Antara sikap buruk yang perlu diperbaiki:-

1. Bila terjadi musibah yakni berupa amaran dari Tuhan (cth macam kes gempa n amaran tsunami), tolonglah jangan jadi orang yang menyindir sahabat-sahabat yang 'baru' nak ingat kat Allah. Memang Allah datangkan amaranNya untuk pakat-pakat ingat pada Allah. So, please jangan kita pula pandai-pandai nak ejek orang yang nak ingat pada Allah dalam situasi macam ni. Kita pula macam tak ingat Allah bila menyindir orang yang nak ingat Allah.

Dah banyak ayat Al-Quran berupa sindiran untuk mengingatkan. Lebih baik anda quote ayat al-Quran dan bagi pada mereka jika betul nak mengingatkan.

Tapi tak perlulah sampai kita pula nak ejek orang yang baru ter'sedar'. Alhamdulillah dia sedar. Doakan agar sentiasa jadi orang yang 'sedar'.

2. Tak salah dan bagus untuk alert dengan terus berdoa dan solat hajat dalam tempoh terdekat ni walaupun tsunami dijangkakan tidak berlaku. Berlaku atau tidak, setkan dalam diri perlu berwaspada bergantung harap pada Allah 24 jam. Jangan pula bila tahu je tsunami takkan berlaku, terus sambung lagha balik. Alpa balik siap ajak kawan pergi karaoke (sbg cth). Teruskan jadi orang yang 'sedar'. Lekas bertaubat.

---
Harap2 bermanfaat untuk kita semua..Dan Alhamdulillah, kebanyakan amaran Tsunam dah ditarik balik..Namun harus kita ingat, bahawa peringatan akan dtgnya mati dan kiamat tidak pernah ditarik balik kerna ia pasti berlaku. Mari kita bersedia membawa bekalan yg banyak.Walaupun amaran ditarik balik,Tapi amaran Allah x akan ditarik balik..so banyak2kan berdoa. jgn waktu ni ja..tapi sampai bila2 ..

Alhamdulillah .. moga bermanfaat..LillahTa'ala.~
wassalam..  <3 <3 <3 

Sunday, April 8, 2012

Tahfiz

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt. Allahumma sol a'la Muhammad.


Berkata Ibnu Mas'ud R.A. "Sesiapa yg hendak mengetahui sama ada dia cintakan Allah atau tidak,maka hendaklah dia melihat pada Al-Quran.Jika drinya mencntainya,sesungguhnya dia mencintai Allah.kerana Sesungguhnya Al-Quran itu kalam Allah."
Bacalah dgn nama Tuhanmu.. bacalah kalam Tuhanmu dgn pnuh rasa cinta.pasti akan kau temui ayat2 cinta dri Tuhanmu."Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari Al Quran, kecuali mereka akan dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut Allah di kalangan para malaikat" Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah & Abu Daud"
 
Alhamdulilah Allah bagi rasa dan petunjuk untukku bagi mendalami Al-Quran.Sahabatku, cubalah untuk menghafal ayat2 Allah ini sedikt demi sedikit.InsyaAllah,Allah akan bantu ta untuk istiqamah..Aku terdetik untuk menghafal Alquran atas beberapa faktor.Antaranya:

1.dorongan dan memenuhi hasrat Ummi dan Abah..
2. Hasrat dan impianku sendiri.
3.ganjaran yg telah Allah janjikan ..

Org2 yg mghafal alquran akan memakaikn mahkota kpd ke-2 ibu bapanya di akhirat.Ya,aku ingin memakaikan mahkota kpd ummi dan abahku.InsyaAllah,amin. Begitu jua adikku yg juga sedang berjuang menghafal Alquran.terdapat banyak lagi ganjaran yg menanti kta di dunia dan akhirat..InsyaAllah semoga Allah memudahkan jalan kami untuk menghafal Alquran .Amin..

InsyaAllah,doakan ya..
Selamat malam ,Wassalam..